Wednesday 20 April 2011

♥ ♥ ♥ Kerana Dia Pilihanku ♥ ♥ ♥


ku sedang mencari dia.
Seorang wanita yang akan bergelar isteri.
Seorang muslimah yang merindui syahid di jalan ALLAH.
Seorang hamba-Nya yang sentiasa zikrullah.

Dia seorang wanita yang tegas dan berani.
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar.
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri.
Dia sentiasa mengikuti aku berjuang berjihad fisabilillah.

Dia selalu menghiburkan aku.
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.
Dengan zikir-zikir munajat.
Dengan surat-surat rindu yang dihafalnya.

Ketika aku terlena mimpi indah duniawi.
Dia menasihati aku supaya mengingati mati.
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia.
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa.

Dia memang sentiasa kelihatan penat.
Matanya penat kerana membaca.
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir.
Badannya letih kerana bermunajat kepada ilahi di malam hari.

Dia sentiasa mengingati mati.
Baginya dunia ini adalah pentas lakon semata-mata.
Kita hamba-Nya adalah pelakon.
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti.

Dia sentiasa menjaga matanya dari perkara-perkara maksiat.
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam.
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa.
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga.

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi fitnah.
Baginya fitnah itu adalah sebuah cambukan.
Sajadah imannya yang terkoyak.
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri.
Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah sejati diirinya.
Dia sentiasa bersedia menjadi makmum dan penolong kepada pemimpin keluarga.

Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA.
Kerana Islam adalah ad-din ALLAH yang sebenar-benarnya.
Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya.
Kekasih sejatinya dan kekal abadi.
Iaitu ALLAHURABBI...

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali.
Kerana di situlah tempat pertama wujudnya cinta.
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki.

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta.
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia.
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku pada-NYA.
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia.

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku.
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku...
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia.
Kerana... Dia pilihan ku...

No comments:

Post a Comment