Saturday 17 December 2011

Surat Rasulullah s.a.w. Kepada Paderi St. Catherine’s Monastery

(surat Rasulullah s.a.w. yang asli kepada paderi gereja St. Catherine Monastery)

Pada tahun 628, Rasulullah s.a.w. telah mengirim sepucuk surat kepada paderi gereja St. Catherine Monastery di semenanjung Sinai, Mesir. Surat itu mengandungi aspek-aspek hak asasi manusia seperti perlindungan bagi umat Kristian, kebebasan beribadah dan bergerak, menjaga harta mereka dan hak untuk dilindungi di dalam medan perang.

(gereja St. Catherine's Monostery di Semenanjung Sinai, Mesir)

terjemahan surat Rasulullah s.a.w. di dalam bahasa Inggeris:-

“This is a message from Muhammad Ibnu Abdullah, as a covenant to those who adopt Christianity, near or far, we are with them.

Verily I, the servant, the helpers and my followers defend them. Because Christians are my citizen. And by Allah! I hold out against anythings that displeases them.

No compulsion is to be on them. Neither are their judges to be removed from their jobs or their monks from their monasteries. No one is to destroy a house of their religion, to damage it or to carry anything from it to the Muslim’s houses.

Should anyone take any of these, he would spoil God’s covenant and disobey His Prophet. Verily, they are my allies and have my secure charter against all that they hate.

No one is to force them to travel or to oblige them to fight. The Muslim’s are to fight for them. If a female Christian is married to a Muslim, it is not to take place without her approval. She is not to be prevented from visiting her Church to pray. Their churches are to be respected. They are neither to be prevented from repairing them or the sacredness of their covenants.

No one of the nation (Muslim) is to disobey the covenant until the last day (end of the world).”


Surat Rasulullah s.a.w. Kepada Paderi Kristian St. Catherine' Monastery (salinan)

terjemahan surat Rasulullah s.a.w. di dalam bahasa melayu:-

“Ini adalah surat dari Muhammad Ibnu Abdullah, sebagai satu perjanjian dengan orang yang mengamalkan agama Kristian, samada dekat atau pun jauh, kami (orang Islam) bersama mereka.

Sesungguhnya saya, hamba-hamba, para pembantu dan pengikut saya akan mempertahankan mereka (orang kristian) kerana orang-orang kristian juga adalah warganegara saya (madinah). Demi Allah! Saya melindungi mereka dari apa-apa perkara yang mengganggu mereka.

Tiada sebarang paksaan ke atas mereka. Hakim-hakim mereka (kristian) tidak akan dipecat dari pekerjaan mereka dan para rahib mereka tidak akan dibuang kerja. Tidak akan ada sesiapa pun (orang Islam) yang akan merosakkan rumah ibadat mereka atau membawa masuk apa-apa barangan dari tempat ibadat mereka ke dalam tempat ibadat orang Islam

Sesiapa (orang Islam) yang mengingkari perintah ini meskipun satu, dia telah merosakkan perjanjian Allah dan menderhakai Rasul-Nya. Sesungguhnya mereka (kristian) adalah sekutu saya dan saya mempunyai piagam yang selamat terhadap apa yang mereka benci.

Tiada seorang pun (orang Islam) akan memaksa mereka (orang kristian) melakukan perjalanan dan berperang. Orang Islam akan berjuang (melindungi) disisi mereka (orang kristian). Jika seorang gadis kristian berkahwin dengan orang Islam dan perkahwinan itu dilakukan tanpa kerelaannya, dia (wanita kristian itu) tidak akan dihalang dari melawat gereja bagi urusan ibadat. Gereja-gereja akan dilindungi dan mereka tidak dihalang dari beribadat di dalamnya.

Tiada satu pun negara Islam akan melanggar perjanjian ini sehingga hari akhir (hari kiamat).”

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Pada tahun 1517, surat Rasulullah s.a.w. yang asli telah diambil oleh Sultan Selim I (khalifah dinasti Uthmaniah Turki) dan kini berada di Muzium Topkapi di Istanbul. Akan tetapi Sultan Selim I telah memberikan satu salinan surat Rasulullah s.a.w. kepada para biarawan dan mereka telah mengkaji isi kandungan surat Rasulullah s.a.w. itu.

Amat jelas sekali bahawa Perjanjian Rasulullah s.a.w. samada asli atau pun salinan, ianya jelas memberikan hak dan perlindungan kepada orang Kristian dan menunjukkan Islam adalah agama yang cintakan kedamaian dan bukannya agama paksaan.

No comments:

Post a Comment