Wednesday, 20 April 2011

♥ ♥ ♥ Kerana Dia Pilihanku ♥ ♥ ♥


ku sedang mencari dia.
Seorang wanita yang akan bergelar isteri.
Seorang muslimah yang merindui syahid di jalan ALLAH.
Seorang hamba-Nya yang sentiasa zikrullah.

Dia seorang wanita yang tegas dan berani.
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar.
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri.
Dia sentiasa mengikuti aku berjuang berjihad fisabilillah.

Dia selalu menghiburkan aku.
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.
Dengan zikir-zikir munajat.
Dengan surat-surat rindu yang dihafalnya.

Ketika aku terlena mimpi indah duniawi.
Dia menasihati aku supaya mengingati mati.
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia.
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa.

Dia memang sentiasa kelihatan penat.
Matanya penat kerana membaca.
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir.
Badannya letih kerana bermunajat kepada ilahi di malam hari.

Dia sentiasa mengingati mati.
Baginya dunia ini adalah pentas lakon semata-mata.
Kita hamba-Nya adalah pelakon.
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti.

Dia sentiasa menjaga matanya dari perkara-perkara maksiat.
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam.
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa.
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga.

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi fitnah.
Baginya fitnah itu adalah sebuah cambukan.
Sajadah imannya yang terkoyak.
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri.
Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah sejati diirinya.
Dia sentiasa bersedia menjadi makmum dan penolong kepada pemimpin keluarga.

Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA.
Kerana Islam adalah ad-din ALLAH yang sebenar-benarnya.
Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya.
Kekasih sejatinya dan kekal abadi.
Iaitu ALLAHURABBI...

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali.
Kerana di situlah tempat pertama wujudnya cinta.
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki.

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta.
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia.
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku pada-NYA.
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia.

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku.
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku...
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia.
Kerana... Dia pilihan ku...

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Perspektif Al-Quran


Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada? Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT masukkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

1) Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." (Al-Mu'minun:1)

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

2) Fokus dan bersungguh-sungguh belajar

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." (Al-Mu'minun:2)

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan terburu-buru dan melayangkan fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

3) Mengutamakan apa yang utama

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." (Al-Mu'minun:3)

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. Sebaik-baiknya kita memaksimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun begitu, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. Insyaallah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran. Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

4) Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." (Al-Mu'minun:4)

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

5) Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." (Al Mu'minun:5,6,7)

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan study berdua-duan, kemudian pulang kerumah berpegang-pegangan tangan atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

6) Jujur dan amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."\[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana? Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

7) Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." (Al Mu'minun:9)

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuangan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan. Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." (Al-Mu'minun:10,11)

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat." (Al-Baqarah:200)

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." (Al-Baqarah:201)

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." (Al-Baqarah:202)

Bukti Pelanggaran Bangunan WTC Dirancang Oleh Yahudi Laknatullah

Jom Try... Plan Yahudi Ini Sudah Lama Dirancang Dan Wujud Di Dalam Microsoft... Kalau Anda Masih Tidak Percaya Anda Boleh Mencubanya Sendiri...

1. Buka Microsoft Word anda.

2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY...
Q33 NY ini adalah nombor pesawat yang telah melanggar bangunan WTC di Amerika..

3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.

4. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS.

Apa yang anda nampak? Allahuakbar sesungguhnye perancangan ini sudah lama wujud tanpa disedari oleh sesiapa pun. Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi...


Subhanallah...
Cubalah Dan Sebarkan Kepada Seluruh Umat Islam...

Saturday, 16 April 2011

Rahsia Warna Kesukaan Wanita


Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna
kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna
dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
berani, emosional, tegas, tamak, tahan melarat dan suka bersenang-
senang.

BIRU
setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka
berterus-terang, jujur, cekap, mudah memberi maaf dan tegas.

HIJAU
subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak,
patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga
kadang-kadang seakan-akan kolot.

HITAM
suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah
dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi
cepat tersinggung.

COKLAT
kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus
budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif,
bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban,
cerdas dan bijak.

KUNING
menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi
cabaran.

PUTIH
bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,
rendah hati, sopan santun, ramah, kuat

Friday, 15 April 2011

Ayat Al-Quran Yang Dibuang Di Dalam Tong Sampah Tiba-Tiba Hilang Lafaz ”ALLAH“






Ayat-ayat Al-Quran di atas telah diambil daripada tong sampah di negara Mesir. Apa yang menjadi tanda tanya ialah kenapa lafaz Allah hilang daripada setiap keping ayat Al-Quran yang dibuang di dalam tong sampah.

TIPS MENGATASI PUTUS CINTA


1. Kembali kepada-Nya - Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat - Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia - Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri - Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri - Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang - Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Tuesday, 12 April 2011

Program Makan Malam Amal Palestin

TARIKH: 29 APRIL 2011
MASA: 8.00 PM - 11.00 PM
TEMPAT: DEWAN SRI BESTARI, INTEKMA RESORT AND CONVENTION CENTRE, SHAH ALAM

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI