PENDIDIKAN

ROGOL PELAJAR: 3 SAHABAT KEKAL DIPENJARA DAN DIHUKUM SEBAT

ALOR SETAR 24 April - Tiga sahabat gagal dalam rayuan mereka apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara dan sebatan yang dikenakan atas tuduhan merogol dan meliwat seorang pelajar kolej lapan tahun lalu.

Tertuduh pertama, Shahril Ahmad, 34, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan, rakannya, Mohamad Fadzli Mohamad Fidzon, 33, enam tahun penjara serta tiga sebatan manakala Farizan Fadzil, 25, tiga tahun penjara. Hakim Datuk Mohamad Azman Husin dalam prosidingnya menyebut terdapat prima facie diatas kes itu dan pihak perayu gagal membangkitkan keraguan diatas perintah Mahkamah Sesyen sebelum ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------


PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN


Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada? Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT masukkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

1) Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." (Al-Mu'minun:1)

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

2) Fokus dan bersungguh-sungguh belajar

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." (Al-Mu'minun:2)

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan terburu-buru dan melayangkan fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

3) Mengutamakan apa yang utama

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." (Al-Mu'minun:3)

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. Sebaik-baiknya kita memaksimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun begitu, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. Insyaallah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran. Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

4) Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." (Al-Mu'minun:4)

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

5) Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." (Al Mu'minun:5,6,7)

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan study berdua-duan, kemudian pulang kerumah berpegang-pegangan tangan atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

6) Jujur dan amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."\[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana? Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

7) Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." (Al Mu'minun:9)

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuangan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan. Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." (Al-Mu'minun:10,11)

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat." (Al-Baqarah:200)

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." (Al-Baqarah:201)

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." (Al-Baqarah:202)

-----------------------------------------------------------------------------------------------


MEMOHON SEDEKAH JARIAH


SUMBANGAN BAGI PEMBINAAN FASA KE-2 BANGUNAN KOMPLEKS TARBIYYAH RAUDHATUL JANNAH

LOT WAKAF TANAH 1 LOT = RM30.00
JUALAN SEUNIT RUMAH WAKAF = RM29,900.00

SESIAPA YANG INGIN MENYUMBANGKAN SUMBANGAN, BOLEHLAH BANK IN DI:
  • MAYBANK: 558015455345
  • BANK ISLAM: 08013010061487
(sila sms nama, alamat & jumlah derma yang di bank in ke no 019-4720717 (UST AZHAN)

Renungilah 1 hadith sahih ini...
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya."

-----------------------------------------------------------------------------------------------


INFO PENGAJIAN IPT DI JORDAN


Kepada lepasan SPM, STPM dan STAM yang ingin melanjutkan pelajaran diluar negara khususnya di Negara Arab bolehlah mendapatkan info-info yang berkaitan di laman web: http://roadtojordan.ismajordan.com/

Renungilah sebuah hadith sahih ini... Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu, maka Allah memudahkan jalannya menuju Syurga.” (hadith riwayat Ahmad)

-----------------------------------------------------------------------------------------------


GURU RETAK HIDUNG DITUMBUK PELAJAR TINGKATAN 2


KANGAR 7 April - Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata kejadian itu berlaku apabila seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas.

Kejadian berlaku pada pukul 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas dan ketika melalui koridor sekolah, guru itu ternampak pergaduhan tersebut dan cuba meleraikannya, katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.


-----------------------------------------------------------------------------------------------


MURID 7 TAHUN DIBELASAH MATI OLEH WARDEN ASRAMA KERANA RM7


KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya. Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.

Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan. Perintah reman terhadap suspek yang berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.

Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam Khamis lalu. Mangsa juga dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan "naik hantu" dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai menjadi punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung. Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.

“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit. Kita amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Dalam pada itu pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.

“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.